Monday 27 July 2015

PEMERKASAAN SUMBER KEBITARAAN BAHASA ARAB


SUMBANGAN KALI KEDUA BUKU BAHASA ARAB DARIPADA ALUMNI

Wakil FASA; Ukht Husna Ishkandar menyerahkan buku-buku Bahasa Arab kepada Ketua Panitia Bahasa Arab; Muallimah Farahuda.

Alhamdulillah pada 24 Julai 2015, Alumni Al-Amin Bangi / Former Al-Amin Bangi Students' Association (FASA) telah sekali lagi hadir untuk menyerahkan sumbangan buku-buku Bahasa Arab untuk kegunaan warga Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.

Sumbangan ini adalah sebahagian sokongan dan usaha FASA bagi menjayakan kebitaraan Bahasa Arab Al-Amin Bangi. Sumbangan buku ini juga merupakan sumbangan kali kedua daripada FASA, dengan memanfaatkan keberadaan ahli-ahli FASA yang sedang belajar di Jordan untuk mendapatkan buku-buku Bahasa Arab yang bersesuaian.

Ini adalah lanjutan daripada kempen yang dijalankan oleh FASA seperti di bawah;



Sesungguhnya usaha menuju kebitaraan Bahasa Arab di Al-Amin Bangi ini, memang memerlukan permuafakatan strategik daripada pelbagai pihak. Setiap orang pasti boleh menyumbang, dan setiap sumbangan adalah sangat bernilai.

Jazaakumullah di atas sumbangannya, hanya Allah yang layak mengganjarinya, 

1 comment:

  1. Classic Bicycle Strap - ITUNICS
    The Strap, also titanium white dominus price known as the Classic Bicycle Strap, is the titanium coating heaviest and heaviest bicycle strap titanium carabiners on 2018 ford ecosport titanium the market today! microtouch titanium

    ReplyDelete